Saturday, February 19, 2011

Makan semut.. ginilah jadinya

Serius, aku sekarang mudah sangat lupa. Kalau bab barang-barang tu, mesti aku lupa kat mana aku letak. Anak aku nie jenis suka sangat main handfon aku, ye.. walaupun aku dah belikan dia handfon mainan yang warna pink tu, hak aku juga dia nak main. Hak dia, dia bagi kat aku. Kalau handfon ada pada tangan aku, sibuk mintak.. bak, bak..Aku kadang-kadang geram juga, habis jahanam telefon mommy nak oii.. Bukan murah-murah nak beli tu nakk. Hari tu masa tukar casing, penuh dengan air liur dia okeyh sampaikan pekerja tu terpaksa guna hair dryer untuk kering kan air liur. Risiko nak jahanam, memang tinggi. Itu aku sedia maklum! Kali nie, dia tak masukkan dalam mulut dah, dia campak dan ketuk-ketuk fon aku tuh. 



p/s : rumah aku nie banyak semut, agaknya makan semut banyak sangat tu yang jadi lupa...
hmmm
Bercakap pasal handfon, aku dari tadi cari handfon aku tuh. Ntah mana hilang. Lepas msg dgn baiti, terus aku tak ingat kat mana aku letak. Try call tapi tak dapat. Sahih ter'off'. Handfon tu mudah sangat ter'off' sendiri. Hadoilah.. Mana la aku letak nie, camne lah nak bergossip kalau gini. Haish.. Pening nak mencari.. Tunggu jelah esok lusa, jumpa lah nanti....






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...