Monday, February 7, 2011

main kemuncup.. ingat tak?

Aku nie di besarkan kat kampung. Takdelah mainan macam zaman-zaman sekarang. Sekarang nie serba serbi canggih. Dulu-dulu roller blade, brick game, video game tu kira paling-paling mahal lah. Duduk kampung, main pondok-pondok, tangkap ikan kat paya, panjat pokok, main pasir. Bab-bab kecahkan kebun memang expert lah. Korang ingat tak main kemuncup? Alah, yang lawan-lawan kemuncup tu, siapa yang putus dia kalah. Ingat? Nie kira salah satu mainan aku masa kecik-kecik dulu. 



Aku selalu kene marah dengan arwah nenek. Main dalam semak, habis kain baju kene kemuncup nie. Tiap kali balik dari main, memang kene duduk luar rumah, dengan pisau satu, lurutkan kemuncup dari seluar. Kalau tak tanggalkan nanti habis merebak kat baju lain. Gatai plak satu badan.

Batang kemuncup nie lembut, kalau rasa-rasa takut lubang tindik kat telinga tu terkantup, letak je lah batang kemuncup nie. Potong la pendek sikit, jangan la pulak korang letak satu pokok kat situ. Sakai sangat gayanya.

Lagi satu, gangster-gangster kampung (nie aku tengok drama lah, budak kg aku baik-baik je) suka lah dok gigit kemuncup nie, habis macho lah kononnya.

Aku dah lama tak jumpa kemuncup, duduk tinggi-tinggi nie, nak bau rumput pun payah. Rindu betul nak duduk kampung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...