Wednesday, February 9, 2011

Mabuk mabuk lagi.. tetttt

Semalam memang aku tak ada mood langsung nak berblog. Baca satu dua entry kawan-kawan je. Untuk blog sendiri, memang hampeh. Kepala pusing, pening. Badan lesu. Mood memang melayang. Malam sebelum tak cukup tidur. Berulang alik ke tandas. What berry are u? Mak cherry berry (read : cirit birit) Hadoi, rasa macam nak bercamping dalam tandas tu hah. Apa punca? Saje cari penyakit. Sendiri punya silap. Manusia degil, aku lah tu. Dah tau tak boleh makan ketam, udang, benda-benda alah yang seangkatan dengannya lah. Tapi gatal nak bedal. Hari Sabtu tu beli ketam kat pasar. Nak buat tambah rencah untuk steamboat. Ada balance lagi, masak chili crab semalam. Dah tau ketam tu tak berapa fresh, masih nak makan. Padahnya, masa macam makan udang aritu. Memang padan muka aku. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Masa mengandung mengidam nak makan masak lemak ketam tapi tak kesampaian. 


kalau balik johor, selalu jumpa orang asli jual ketam nipah. sedap wehh!!
ngidam, ngidam..






p/s : perut nie terima yang segar dari ladang gandum je. sangatlah cerewet.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...