Wednesday, February 23, 2011

Kisah Niyang Rapik, misteri alam mistik..ada yang tersirat

Aku nie dari semalam dok melayan cerita bukan-bukan nie je. Dalam berani-berani takut tu, gagah jugak nak tengok, biarpun tengok kot celah jari. Macam semalam, aku tengok mistik alam hitam, pasal isu buat membuat orang nie lah. Dengki sana dengki sini, tak boleh tengok orang senang. Lumrah sifat manusia, ada hasad dengki dalam diri. Tapi kalau dah terlampau ikut perasaan, iman tak ada di dada, gitu lah jadinya. Amalkan ilmu yang songsang, santau sana, santau sini, jampilah, macam-macam. Yang jadi mangsa, orang yang tak bersalah. Lagi satu, kita sendiri, jangan bongkak, jangan sombong. Buat baik berpada-pada, buat jahat, sila jangan buat langsung. Mungkin tanpa kita sedar, tindak tanduk kita buat orang meluat, maka jadilah benda-benda yang tak diingini tu. Serius, aku takut!

Pasal cerita Niyang Rapik pula, apa yang aku dapat iktibar dari cerita tu, kalau masuk kawasan orang, jagalah tingkah laku. Kadang-kadang kita tak sedar kita di perhatikan. Bukan je benda-benda mistik nie, tapi realiti kehidupan sebenar. Rumah orang, jangan buat macam rumah sendiri. Hormat orang sekeliling, jangan buat ikut suka kita je. Sama macam kerja juga, kalau kita dah terbiasa dengan kerja tempat lama, cara kerja di tempat lama, bila melangkah ke tempat baru, jangan ingat orang boleh cara kita. Oleh itu, pandai-pandailah bawa diri, ikut kesesuaian tempat, hormat orang sekeliling kita. 

Aku selalu pesan pada suami aku, jangan sombong dengan orang tapi janganlah menggatal dengan perempuan lain pulak! Kalau tak suka, cakap baik-baik. Macam time bawa kereta, kalau orang 'cucuk angin' kat kereta kita, tak salah mengalah, bagi je lah dia jalan. Kita tak tau siapa dia. Mungkin ada sebab kot dia buat macam tu, sakit perut ke agaknya. Dia bawa laju-laju, minyak dia yang habis cepat. Aku nasihatkan macam tu, bukan nak mengalah semata, tapi demi kebaikan. Buatnya kalau orang yang 'cucuk angin' tu mafia? Tak pasal-pasal kene hentam, tak kisahlah bila-bila. Sikap manusia nie bukan kita boleh jangka. Mengalah tak bererti kita kalah. Sabar tu yang penting.


p/s : Aku pernah jadi mangsa 'khianat' manusia. satu ketika dulu. tapi takpe, aku dah lama maafkan. Allah itu ada. Biarlah Allah yang menghukum perbuatan dia. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...