Wednesday, February 23, 2011

Kerana kau.. roti canai.. ku gagahkan jua

Dah 1 lebih tak tidur lagi. Baru selesai buat doh roti canai. Cik abang tiba-tiba mengidam nak makan homemade roti canai. Tulah, tengok tv time makan malam, tengok pulak si Zizan Nin tebar roti canai dalam rancangan Kalau aku bukan artis, tup-tup suami aku menyuarakan hasrat hati nak makan roti canai hasil air tangan isteri. Aku yang sememangnya tak pernah buat, macam nak pitam je bila dengar permintaan tu. Bila aku cakap aku tak pandai buat, senang je jawapan yang suami aku bagi, 'Apa guna broadband tu, google je lah'. Tengok, ayat mati dia bagi. Aku terkebil-kebil mengenangkan nasib badan. Tapi demi suami tersayang, demi sesuap roti canai, gagahkan jugak aku buat. Aku cakap kat suami aku, kalau tak jadi roti canai, anggap je lah lempeng yek. Lepas makan, gigih cari resepi. Sempat tengok Niyang Rapik sebelum uli tepung. Harap-harap resepi tu tak tipu aku lah. Kalau jadi, esok aku postkan resepi. Sangat simple. Memang tak lena tidur aku malam nie, hanya kerana KAU, ROTI CANAI!






p/s : ada hati nak salahkan resepi, diri sendiri yang tak pandai masak! hahaha...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...