Thursday, February 17, 2011

Kenapa aku tak baca paper?

Orang lain dok sibuk-sibuk baca paper, mengulas isu semasa, apa yang jadi semalam tapi aku mengambil langkah untuk tidak membaca paper, baik beli mahupun online. Kenapa? Sebab aku takut. Banyak sangat cerita bukan-bukan sekarang nie. Isteri kene pukul lah, ada skandal lah, kes buang bayi, kes sugar daddy, anak ikan,terjun sana terjun sini, macam-macam lagi lah. Aku serun tau tak. Isu politik yang tak sudah-sudah. Buat aku naik muak. Muak dengar orang kita yang saling tindas menindas, yang saling memburukkan antara satu sama lain. So, dari aku panas telinga, baik tak payah layan semua tu. Yang aku tau, sampai masa mengundi, aku akan mengundi dan undi aku adalah rahsia. Kan? 


Aku harap lepas nie tak ada lagi kes-kes yang tak molek tu. takde kes terjun menerjun, buang segala bagai, melempiaskan apa yang tak patut. Tolonglah celik mata, celik minda sebelum buat sesuatu. Inilah yang jadi apabila iman dalam diri makin menipis. Nauzubillahiminzalik.


*gambar hiasan*

p/s : korang nak baca, baca je lah yek. Kalau ada cerita best ke, update kat blog. Kot-kot masa aku BW, aku terbaca. Boleh up traffic korang kan? hehehe

2 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

biter kat tb tgk tak?

...mommy jue... said...

bergantung pada isu.. kalau politik, malas nak layan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...