Friday, February 25, 2011

Kelebihan itulah kekurangan.

gambar hiasan
ops, ini bukan montot makkk ok!


Percaya atau tidak, perempuan takut gemuk. Serius, tak ada perempuan yang nak gemuk kan? Apatah lagi bila dah kahwin, dah beranak pinak. Berat badan mendadak naik, lemak-lemak yang semangnya tak boleh di bawa berbincang tu makin bertambah. Kalau sebelum kahwin, sebelum pregnant, badan masih ada shape. Tapi sekarang semuanya dah out of shape. Tang perut, peha, montot, semuanya makin lebar! Betul kan? Untunglah kalau jenis genetik yang kurus nie, kot mana makan sekalipun memang tak boleh ternak lemak. Tetap kurus! 


Aku bukanlah nak kurus kering, at least capai ke berat badan ideal sesuai dengan ketinggian aku yang tak berapa tinggi nie. Orang yang banyak kelebihan berat badan macam aku nie, akan  rasa kekurangan. Kelebihan yang ada nie sebenarnya tak bawa untung pada aku.

  •  Keyakinan dalam diri dah mula merundum. Cepat sangat terasa hati.
  •  Rasa rendah diri, malu nak bergaul dengan orang ramai. Kadang-kadang aku malu nak jumpa kawan-kawan suami aku tau. Kawan-kawan aku apatah lagi. Ini sesuatu yang tidak baik untuk aku.
  • Stress, kesihatan terganggu.
  • Susah nak pilih baju masa shopping especially jeans. Aku cukup tension k!!
Tengok, kesannya atas diri ini. Memang betul, suami cakap takpe, tetap sayang tak kisah lah bagaimana bulat pun kita tapi aku tetap tak boleh terima. Aku tau, itu kata-kata untuk menyedapkan hati semata-mata. 

Korang macam aku juga ke? Selulit dan lemak merata-rata? 


1 comment:

Fieda said...

sama la mommy jue....rasanya kebanyakan pompuan yg dh berkahwin dan bersalin ni mengalami masalah yg sama...cuma segelintir je la yg x termasuk dlm kategori ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...