Wednesday, February 16, 2011

Kek pisang moist

Orang jenis tak tau masak macam aku nie, bila terasa nak makan sesuatu yang tak pernah masak, memanglah cuak. Sepanjang hidup aku, tak pernah buat kek pisang. Harap maklum. Setakat jemput pisang tu memang kacang putih punyeee pun! Di sebabkan tangan nie gatal nak amik pisang tag kuning kat Tesco semalam, makanya menu seminggu nie pisang je lah. Jadinya, aku berhasratlah nak buat kek pisang kukus. Malas nak bakar, kang rentung rugi. Aku cakap kat suami aku, tengok jelah nanti bila siap.. Jadi kek ke jadi lepat pisang. Bahan-bahan, memang aku main belasah tak ikut sukatan pun. Walhal resepi depan mata. Bila dah siap, ok la.. Not bad. Boleh la telan. Cuma jadi sedikit moist. Lebih pisang dan lebih mentega. (ye, aku tak ikut sukatan) . Nak resepi? Tengok sini yek.. Kek pisang kukus. Korang cuba tau! Senang sangat.






p/s : kek tengah panas-panas lagi dah dok melantak. tak sempat nak ambil gambar. Malas pun ye jugak. 

3 comments:

mars mell-o said...

visited and follow..u can follow back if u want..=)

~ yus ~ said...

Kalau ada gambar mesti lagi best ni...:)

Hantu Ulam said...

kek pisang merupakan feveret laki aku. maka ade je resepi baru pasal kek pisang aku akan cuba.

hehe thx..

aku x pnh lg wat kek pisang kukus. dis week nak cuba la :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...