Wednesday, February 16, 2011

Kau buat aku menangis lagi..Kau memang tak guna!

Sentap 1 :
Sehari aku muncung dengan broadband nie tau tak! Sebelum nie aku memang pakai broadband Maxis yang pakej lama. Hak broadband yang tergantung tu. Bukan macam sekarang yang rupa cam pendrive tu hah. Dulu aku bayar dalam RM138/3G pastu lepas bold on dapat lah RM118 (haku ke yang bayar? ngeh3). Dari aku mengkayakan lagi Maxis, baru-baru nie pergi Maxis center kat KLCC tu. Amik pakej yang murah. RM68/3G. Aku ingatlah boleh bertahan sampai hujung bulan. Tup tup, 10 hari je dah tak boleh guna. Exceed limit 3G. Aku bukan download movie ke hape. Hadoi.. Sebelum nie takde pun masalah macam nie. Nyesal tukar pakej okeyh! Sentap bahagian pertama dah habis.

Sentap 2 :
Disebabkan suami aku tak sanggup tengok isteri dia muncung 4 depa, makanya dia call lah Maxis call center, nak tanya apa masalah. Setelah mendapat penjelasan yang tak berapa nak jelas, dengan rasa yang tak puas hati dan sayang kan isteri, suami aku 'top up' data usage. RM18/ 500Mb. Gembira hanya seketika je okey! Aku online tak sampai satu jam, pada data counter aku tak sampai 100mb pun, dah sampai msg yang aku dah exceed limit. Sekali lagi aku sentap! Buka blog je weh, bukan tengok web lucah pun!! Call semula, tanya apa cerita, dan jawapan yang aku terima.. Dah sampai limit. Muncung lagi..

Aku update blog nie, dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa je tak boleh online. Sedih tau. Internet penting pada aku. Nak cari info, nak baca news, baca blog kawan-kawan, segalanya lah. Selain anak, nie jelah teman aku. Aku sedih nie.. Sangat-sangat.... Sob sob...


p/s : Ops, ini bukan sentap dengan suami okeyh. Mak sentap dengan maxis je.. (siapa tak sayang laki cik jahh oiiii)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...