Monday, February 21, 2011

Kata adik-adikku

Aku tengok rancangan Kata adik-adikku (jam 7.00pm@rtm1), walaupun rancangan tu sekejap je tapi seyes, amat berkesan dihati. Kagum tengok budak-budak yang kecik nie menghafal doa, menghafal surah-surah. Bahkan lancar je bercerita kisah nabi. Kalau kita nie, memang tak ingat dah lah. Bila layan rancangan macam nie, sambil pegang anak, memang menitis air mata aku yang sedia murah nie. Sejuk perut mak mengandung. Cara didikan mak ayah pada anak tu yang penting. Subhanallah. Kalau korang ada kesempatan, tengoklah rancangan nie. Takpun, ada masa tengok rancangan adik-adikku, dah nak masuk musim ke dua.


adik-adikku, insyaAllah boleh!

sumber : google
my fev. adik qayyum. Kenapa aku suka dia?
qayyum nie cacat penglihatan tapi pada aku tiada yang kurang pada dia
seharusnya kita yang celik nie malu dengan dia.
pandai mengaji, suara lunak bila melaungkan azan
pandai berkata-kata. memang menusuk kalbu.
siapa tengok pasti tersentuh!

Pada aku, dari korang bagi anak-anak layan cerita yang bukan-bukan, banyak berbentuk hiburan, ada baiknya bagi diorang tengok rancangan nie. Memang best! 


p/s : program kelolaan JAKIM dengan kerjasama RTM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...