Sunday, February 27, 2011

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum.. =) As usual, bila masa tu, penyakit M aku datang lah. Serba serbi malas. Masak terutamanya. Sekali sekala surirumah macam aku nie nak juga merasa masakan luar. Dalam kepala otak nie, serba serbi nak telan. Tengok JJCM tadi pun telan air liur je. Ikan bakarlah, tom yam sedap lah, steak, nasi kandar. Pergh, memang best! Nafsu nak makan melonjak-lonjak. Semua tu sekejap je. Lama-lama nanti takde kisah dah! Yang aku nak makan sangat sekarang, sotong bakar, ikan bakar, kerang bakar. Semua bakarlah! Sambil picnic tepi pantai ke berkelah kat sungai, ratah ikan bakar. Memang sedap. Dah lama tak makan semua tu. 
Cakap pasal makan je, meleleh air liur. Tengahari nie tak masak apa-apa pun lagi. Tak ada idea nak masak apa (motif : nak makan luar). Sarapan pun makan nugget je. Diet ke? Tak ada maknanya......








p/s : ke pasar nanti boleh la borong ikan, sotong dan kerang banyak-banyak. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...