Friday, February 25, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011...jom ke sana

Weekend datang lagi! Apa perancangan korang weekend nie? Apa kata ke Kompleks Kraftangan. Sekarang tengah berlangsung Hari Kraf Kebangsaan 2011 tau. Sementara duit korang tengah berkepuk dalam poket tu, bolehla beli hasil krat, kain pasang ke kan, hiasan rumah, macam-macam lagi lah. Masa nie lah nak dapat murah. Kot-kot ada yang bakal melangsungkan perkahwinan bolehlah survey cenderahati untuk tetamu. Serius, masa nie lah kita boleh dapat harga yang rendah dan dapat bandingkan harga dengan yang lain. Semuanya kat satu tempat je.





Nak tahu lebih lanjut tentang hari kraf nie, boleh la lawati laman sesawang http://www.kraftangan.gov.my


Kalau rasa malas nak kereta, susah nak parking, boleh ambil public transport. Biasanya pihak Kraftangan dah sediakan dah kemudahan untuk pengunjung. 



p/s : nak jugak ke sana esok. jalan-jalan cuci mata. mana berkenan, kenyit-kenyit mata kat hubby, kot-kot lah dapat.. ngeh3...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...