Friday, February 11, 2011

Hadiah kahwin yang patut korang bagi

Zaman sekarang nie kalau nak kahwin, tak payah tunggu cuti sekolah. Bila-bila masa pun boleh. Kalau ada cuti panjang, ada lah jemputan kahwin. Walimatulurus. Aku happy bila kawan-kawan kahwin, dapat anak, bahagia. Tumpang gembira. Biasanya apa yang korang bagi sebagai hadiah perkahwinan kawan-kawan korang? 


set pinggan mangkuk
memang dah sebati dengan dunia perkahwinan
asal musim kahwin je, ramailah orang dok mengangkut benda nie
macam satu kewajipan pulak kan? hehe

barangan elektrik
nie pun selalu dapat masa kahwin
kalau 10 orang bagi iron, tak ke untung?

Apa kata sekali sekala ubah selera, bagi hadiah yang lain pulak. Yang mungkin orang ingat sampai bila-bila...

cadar
kenapa cadar? kalau yang dah kahwin tu, faham-faham sendiri la yek


lesung batu
yang nie aku suka.. klasik ok..
zaman sekarang tak ramai dah yang guna benda nie
rugi kalau masak tak pakai guna nie
sedap weh buat sambal...
motif : rajin-rajinlah masak

Kalau nak UP sikit, bagilah peti sejuk, tv LCD ke hape ke kan.. korang bayar pendahuluan je then pengantin sambung bayar. Ok tak? Bernas tak? hehehehehe


p/s : kehidupan lepas kahwin lagi banyak nak guna duit. Oleh itu sila get ready!



2 comments:

Cik Ruby said...

Lesung batu tu best.. hihi.. kalau dapat yang versi dulu dulu lagi nostalgia.. kihkih~
^_^

...mommy jue... said...

cik ruby : kan? jenuh nak bawa. berat.. tapi klasik. err, orang dulu2 bagi apa yek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...