Monday, February 28, 2011

Followers vs entry.. apa yang penting?

Assalamualaikum.. Hmm, apa yang korang akan tengok dalam satu-satu blog? Apa yang menarik minat korang untuk datang dan datang lagi pada blog tu? Adakah followers yang ramai, itu dah menandakan blog itu sangat bagus? Penting sangat ke followers nie sebenarnya? Pada aku, memang susah nak kekalkan traffic setiap hari. Harus perah otak fikir idea apa untuk menarik minat pembaca dan followers. Dan aku juga tau, tak semua followers aku akan singgah setiap hari untuk baca setiap entry. Sekadar follow semata untuk memeriahkan majlis, GA contohnya. Kalaulah aku letak syarat dalam GA, tak perlu follow pun takpe, memang korang takkan follow kan? Itulah hakikat yang tak payah kita nafikan. Followers 400lebih, tapi traffic korang sehari takkan sampai 400 lebih kan?? Betul tak? 


Realitinya salah satu cara nak UP kan trraffic, adalah GA and contest. Itu cara mudah nak kasi traffic tinggi. Tak kisahlah terpaksa melabur lebih sikit janji kita happy. Orang lain pun happy. Bukan kene bayar pun nak join GA nie kan? Bukan setakat dapat kawan, dapat hadiah lagi.. Siapa nak bagi korang hadiah? Boyfren korang pun mungkin kedekut nak bagi semua nie. Ye dak?? 


Apa yang aku harapkan lepas GA tamat nie, followers aku tetap kunjung blog aku nie. Jangan lah tinggal mak cik kesepian tanpa teman. Kesian lah mak cik nakkk oiii.. 




Kalau kesihatan kembali stabil, esok lusa aku umumkanlah pemenangnya yek.. sabar tau

1 comment:

Fieda said...

sy tetap setia ngan mommy jue wlpn dh hbis GA tu nanti...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...