Thursday, February 10, 2011

Duduk dapur tenung peti sejuk

Ada masa dan ketika, aku tak tau nak masak apa. 10 kali buka tutup peti ais, tetap tak dapat idea. Kelmarin dah makan kuew teow kerang dengan popia goreng, semalam nasi putih lauk singgang ikan dengan bayam masak air, hari nie angle hair aglio olio versi takde olive oil. Belasah je lah apa yang ada. Malam nie tak tau nak masak apa, ikan masak kicap dengan sayur labu air tumis air je kot. Senang nak bagi budak-budak makan. Bila selalu masak nie kadang-kadang buat aku kering idea, takut masak lauk yang sama. Jemu pulak nanti. Ayam memang tak dapat terima dek tekak dah buat sementara waktu nie. Tunggu lah seminggu dua lagi. Esok lusa, nak kene fikir menu apa nak masak. Penat weh. Kalau makan kat luar pun, tak tau nak order apa. Nak diet nasi memang tak boleh lah. Perut aku nie memang kene masuk nasi baru ok, kalau tak kebulur manjang. Ada siapa-siapa yang rajin nak aturkan menu sebulan untuk aku? meh tolong meh..








p/s : nasi putih, ikan goreng dengan kicap lah yang terbaikkk. dulu kini dan selamanya... kan?

3 comments:

~ yus ~ said...

Akak pun selalu gak pening nak masak apa. Sekarang pun ayam dah tak boleh masuk..huhu

...mommy jue... said...

kak yus : surirumah macam kita pun ada masalah kan.. kene buat jadual lepas nie. menu untuk sebulan

mrs_zura said...

lauk standard aku kali shah xde kt umah..senang n kenyang hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...