Friday, February 11, 2011

Berkat jumaat.. mudahan ada yang indah

Banyak dugaan untuk kami sekeluarga bulan nie. Hanya Allah je lah yang tau macamana hari-hari yang kami lalui. Mudah-mudahan akan ada perkhabaran indah untuk kami sekeluarga. Moga kesabaran dan usaha kami selama nie membuah kan hasil. Aku tahu, Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Aku tau aku sedang di uji. Aku redha. Aku pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Membuatkan kita celik, membuatkan kita sedar akan apa erti kehidupan yang sebenar. Tak selamanya indah. Tak selamanya kita senang. Untuk suamiku, semoga dia tabah harungi dugaan yang datang. 




p/s : Suami, bukan sekadar 'gelaran'. dia syurga kita, dia lah teman, dia lah kekasih, dia lah sahabat dunia akhirat, dia lah segalanya. Tapi disebalik kejayaan seorang suami, ada isteri di belakangnya. kita saling memerlukan dan melengkapi.itulah hakikat..apa yang Alah ciptakan untuk kita adalah yang terbaik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...