Tuesday, February 1, 2011

Astro ada hantu... apakah?

Ada masa dan ketika, mata nie teringin nak tengok tv, layan cerita-cerita yang ada. Sia-sia je lah kan bayar astro mahal-mahal plus tax lagi tapi tak tengok. Siang harus pasang cartoon, tengok dengan anak. Kadang-kadang aku yang melayan lebih, anak aku lebih suka mengadap buku or drama. Lately nie aku perasan yang astro lebih suka tayang cerita hantu tiap-tiap malam, apa motif?? Suruh budak-budak masuk tidur awal? Tak nak bagi orang macam aku mengadap tv? Banyak lagi cerita yang boleh di tayang, cerita hantu juga yang sibuk nak tayang. Seminggu sekali, aku boleh terima lagi tapi kalau dah tiap-tiap malam?? Sama macam masa raya dulu, raya je semua cerita hantu keluar. Apakah untuk meraikan sebulan syaitan-syaitan kene kurung ke hape? Sebab tu, aku malas nak tengok tv. Lagi satu, cerita indon bukan main banyak lagi. Yang dok tayang siang hari tu, tak pe lah. Yang nie dari tengah malam sampai ke pagi, marathon cerita indon. Dah kurang sangat ke cerita melayu kat Malaysia nie? 




p/s : tak payah pergi rumah hantu dah sekarang, korang pakat-pakat tengok kat astro. boleh tutup mata dengan bantal.

2 comments:

me and you said...

hahaha.... diorg nak budak2 tido awal bah 2 kak....

http://kenchenys.blogspot.com

saya_arief said...

astro berhantu da sekarang.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...