Wednesday, February 23, 2011

Anak demam....aku sedih

Malam tadi aku tak tidur langsung, dalam jam 7 pagi baru lah mata boleh lelap. Anak merengek, ajak mainlah, aku pula dok berulang ke tandas. Menyahut seruan alam. Bangun tenghari tadi, rasa kepala amal panas sangat. Aku dah cuak! Dalam keadaan menahan sakit perut, gagah juga bawa dia pergi bilik air, basahkan kepala dan badan. Lepas tukar drypers, lap badan, bagi makan roti dan menyusukan dia, terus aku bagi makan ubat demam. Amal Khalisah diam je, tak banyak merengek cuma nak berdukung, nak menyusu je. Tak boleh nak berenggang langsung. Tidur pun atas riba. Aku susah hati kalau anak demam nie, kesian dia. Amal Khalisah jarang demam. Berkat menyusu badan kan. Antibodi dia sangat kuat. 








p/s : bila anak tak sihat, semua kerja tergendala. Perut lapar pun jadi kenyang. Cepat sembuh ye nakkkkk....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...