Monday, February 21, 2011

Anak beranak sama je...haish

Macamana aku jaga anak sambil berblog? Jawapannya senang je. Masa aku mengadap laptop nie, anak aku ada atas riba. Setiap kali aku update blog or BW, dia mesti panjat sofa, duduk atas riba aku. Pasang la cerita katun apa pun kat tv tu, memang takkan dia layan. Dan setiap kali tu lah, aku kene buka blog dia.Jangan tak tau, anak aku nie suka tengok blog dia, kalau aku ada letak entry terbaru ke kat blog dia, mesti dia nak tengok.  Aku kadang-kadang terfikir juga, dia nie faham ke tidak apa yang aku tulis tu. 


Memang aku sengaja buat journal untuk dia, dengan harapan nanti bila dia besar, boleh baca semua nie, takde lah aku memerah otak yang dah tua masa tu, nak mengimbau kenangan lama. Maklumlah, bila dah tua nie download speed dah kurang. 


..Kau Anugerah Terindah..

Budak-budak zaman sekarang sangat bertuah kan? Tak macam kita dulu. Nak jumpa komputer pun payah. Kalau ada pun besar gedabak. Tapi tulah, semua tu kenangan...

p/s: macam tau je aku update entry pasal dia nie hah, bukan main suka lagi. tersengeh-sengeh. comey la tu kan? hahahaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...