Friday, February 11, 2011

ada apa dengan valentines day?

14 Februari setiap tahun, haruslah korang ingatkan? Valentines day. Rata-rata pasangan bercinta memang tunggu hari nie lah. Hari memperingati kekasih katanya. Tak kisahlah korang agama apa, bangsa apa, semuanya nak sambut. Yang paling sedih, bila orang kita sama-sama excited sambut VD nie. Suka sangatlah tiru budaya luar. Tahu ke korang valentines tu apa? Meh sini aku nak bagitau apa itu Valentines...


Maksud Valentine dalam Bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali yang berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens. Makus valens adalah kuat, aktif, sihat dan seumpamanya. Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi. 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan nama Valentine. Hari Valentine ialah perayaan keagamaan yang disambut oleh orang Kristian.


Walaupun ada orang kita yang tau maksud semua nie, tapi masih galok, masih gedik nak sambut. Kononnya nak buktikan lah rasa cinta sejati yang tak berkesudahan tu pada si dara pujaan. Mana tau makan malam yang romantik tu boleh bertukar ke 'kenduri' pulak ke kan? Rejeeekiii katanya! Lagi satu, media hiburan sendiri kadang-kadang seumpama menggalakkan sambutan VD nie. Sana sini dalam tv promo pasal VD. Bulan cinta segala bagai.  Kalau bab-bab mengangkut budaya asing, memang lah korang advanced. Dari cerita kartun sampailah bab drama-drama, filem segala bagai! Macamana budak-budak tak terikut?


Orang kita yang tak celik mata lagi, sila 'wake up'. Kalau rasa nak melamar si jantung hati masa VD nanti, sila hentikan! Tak payah nak excited sangat nak sambut semua tu. Bukan hari tu je korang nak kene ingat kekasih hati. Hari-hari weh!! Lagi satu, janganlah nak menggatal beli bunga masa tu. Mahal berkali ganda.. Hari lain ada lagi... Tak payah susah-susah membazir duit sedekah kat taukeh bunga. Diorang dah cukup kaya raya dah. Reti? 


14hb Februari nie, janganlah korang keluar, dating, jumpa dengan pasangan korang. Untuk sehari tu je aku minta. Jangan langsung ada unsur-unsur sambutan VD okeyh! ada fahammmm?




p/s : hah, 15hb, moh kita ke Putrajaya, sambut Maulidur Rasul lagi baik. Say No To Valentines....

7 comments:

Hantu Ulam said...

tp utk family aku...kitorg mmg tiap tahun celeb8 14/2 ni wei...

tp bkn sbb nak sambut valentine tp sambut bday adik aku. ehehe

...mommy jue... said...

errr... yang tu kira excuse la ek.. hehe

Khisarah said...

Nice info supaya leh di baca bagi yang kurang ilmu..
Anyway untuk rujukan bersama
Valentine
When Muslims and Malays showing too much imperfection,..this is how other people thinks..
Sekadar untuk berkongsi dan sama-sama berfikir..

Finaz Jaafar said...

14HB ISNIN...HARI KEJE MMG XJMPE LA BELIAU..HAHAH

...mommy jue... said...

khisarah : setuju dengan u
finaz : selamatttt... hehehehe

Ashira Muslim said...

sy sgt sukaaaa!! terbaek la info ni..jum2 buk tiket tol gi putrajaya ^o^

salam maulidur rasul =)

me and you said...

nice info...

tapi cara menyambutnya bergantung dengan individu.....

http://kenchenys.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...