Monday, January 17, 2011

Ya Allah anak aku....kering darah nie

Makin lama makin lasak anak dara aku sorang nie. Tadi je, aku dok dapur sekejap je basuh pinggan. Anak aku letak dalam walker, sebabnya tak nak dia merangkak pegi dapur, kalau dia merangkak kang, banyak benda dia kutipnya. Aku masuk dapur sekejap dan tergerak hati nak tengok dia, tup-tup anak aku dah keluar dari walker dan berdiri atas kerusi. Kerusi kayu ok. Kerusi makan aku nie macam kerusi kantin sekolah, jenis yang panjang tu. Aku memang sengaja letak kerusi tu depan tv sebab taknak anak aku pegang-pegang tv. Hah, atas kerusi tu lah dia panjat dan terkedek-kedek tepuk tangan, menari-nari. Aku yang dari dapur nie, macam superman cepat-cepat dukung anak aku. Sikit lagi nak jatuh okeyh. Aduhh nak, kering darah mommy nie. Memang sungguhlah aku nak kene pakaikan budak nie dengan helmet. Protection.
Bila aku marah dia, boleh je dia gelak-gelak, peluk aku. Camne tak cair? Hadoi... Sabar sungguh lah.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...