Monday, January 17, 2011

Untuk suami.. pengerat kasih sayang.

Selamat Pagi.. Cuaca hari nie sangat cantik. Panas dan angin sejuk je. Nikmat sungguh. Awal pagi lagi dah bangun, anak dara aku tu dok kacau, cucuk-cucuk biji mata mommy suruh bangun. Bukan nak apa pun, saje ajak main cak-cak. Aku nie dengan mata yang rabak, gagahkan juga celik mata, main dengan dia. Padahnya, aku pening kepala gara-gara tak cukup tidur. huhuhu. Pagi nie aku buat sarapan spaghetti goreng. Lama tak buat nie. Asyik tekak omputih je, sekali sekala ikut tekak melayu pun sedap jugak. Mix kata orang. hehehe. Siap-siap masak, suami pun dah siap nak pergi kerja. Sediakan sarapan untuk suami, alas perut.. Kang gastrik aku juga susah hati. Sebelum-sebelum nie aku selalu masak untuk bekal dia pergi kerja tapi since anak dah makin besar nie, kadang-kadang aku penat sangat sampaikan tak sempat nak masak bekal untuk dia. Kesian pula kan. Suami aku kata, senang bawa bekal nie, makan pun puas hati, tak payah fikir apa nak order dan yang penting jimat. Air tangan isteri pengerat kasih sayang wehh... Ingat tu!! 




p/s : tengok perut lah babe.. ngeh3.. Bahagia....





1 comment:

LiErOSe~QiEmi said...

bagusnye laki ko nak gak tapau.. laki aku??? malu katanya tapau2 ni.. lagipun tak bleh mengopi dengan kengkawan dia huuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...