Thursday, January 27, 2011

Udang... punca sakit. Serik nak makan

4.05 pagi, masih tak tidur lagi? Esok memang mata macam panda. Semalam pun macam nie juga. Alih ke pagi baru la boleh nak lelap. Tiada entry untuk semalam, sunyi je blog. Kenapa? Sibuk!! Macam-macam dugaan datang melanda kami sekeluarga. Kesian suami aku. Aku pula, tak tau kenapa, mungkin alahan teruk dengan udang. Walaupun aku hanya termakan sedikit, tak sampai setengah ekor pun. Tapi kesannya hampir 2 jam aku duduk dalam bilik air. Muntah tak berhenti dan cirit birit. Serentak ok! Macam nak pengsan aku dalam bilik air. Bukan lama pun, makan tak sempat nak hadam, senang cerita lepas makan terus rasa nak pengsan. 


Anak? Kejadian berlaku di rumah mertua, makanya anak aku mak mertua yang tolong tengokkan. Aku dah serik nak sentuh udang. Walaupun ada ketika tekak nie teringin sangat nak makan. Hah, jangan tak tau masa aku pregnant kan Amal Khalisah, menggila nak makan udang dan tiada alahan langsung. Boleh telan seperti biasa. Takde bengkak-bengkak nie. Kuasa Allah!
Sekarang nie, rasa mabuk-mabuk tu masih ada. Cukuplah aku bertapa lama dalam bilik air, tak larat dah. 




Jeles tengok anak dan suami tidur lena. Aku juga yang terkebil-kebil lagi. Haish....

1 comment:

ainnoraini said...

salam ziarah dipagi hari...
kak ain pun tak boleh mkn seafood byk2..

tapi cume gatal2 jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...