Tuesday, January 25, 2011

Tips untuk ibu bapa, sangat bagus.. tak rugi pun

Di sebabkan takde kerja sangat, aku selalulah masuk website pasal parenting nie. Salah satunya Nestle lah. Ini bukan promo yek, sekadar ingin berkongsi. Mulanya aku saje menggatal join web nie sebab nak sample je kot. Sample untuk anak. Macam cereal untuk baby peringkat demi peringkat. At least, bila dah dapat, bagi anak makan. Masa tu tak delah timbul isu membazir ke apa kan. Kalau anak tak suka, tak payah beli. Anak aku suka. Kene dengan tekak. Aku ingat cukup sampai situ je, rupanya setiap bulan ada je email dari Nestle nie bagitau perkembangan anak di usia sekian, sekian. Pemakanan anak dan macam-macam lah. Kalau korang masuk website tu, adalah tips-tips untuk kita jaga anak, keselamatan, pemakanan seimbang untuk anak dan macam-macam lagi lah. Adat lah kan, kadang-kadang kita nie terlepas pandang benda-benda macam tu. Tak rugi kot kalau join, bukan kene bayar pun. Pengetahuan pun dapat. Nak mengharapkan kita google sendiri, kadang-kadang tak jumpa kan?


Ada masa bolehlah masuk website nestle nie. Nestle Junior Club. Hah, lagi satu dari Nestle, yang nie bukan apa, nak uji tahap pemahaman korang tentang kesihatan je.. Dari segi pemakanan, gaya hidup sihat segala bagai. Amik test kat sini yek.  Nestle TEST. Tak rugi apa pun kalau korang buat. Kesedaran untuk orang macam kita yang jarang pentingkan kesihatan dalam pemakanan. Tau bedal je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...