Sunday, January 9, 2011

Tidur... boleh bakar kalori...

Aktiviti yang boleh membakar kalori dalam badan kita

[Calorie-Burning%20Chart.jpg]

Eh, tidur pun boleh bakar kalori ke? Hmm, bukan berrmakna kita tidur dalam keadaan perut penuh ataupun kekenyangan.. Pasti kan kita tidur dalam keadaan perut kosong.. Ini kerana, dengan keadaan perut kosong, badan membakar lemak berlebihan dalam badan kita semasa kita tidur dan kita akan bangun dengan keadaan lemak yang berkurang berbanding sebelum kita tidur.

Siapa kata bersenam hanya boleh dilakukan di gym atau taman-taman sahaja? Kat rumah pun boleh, asalkan kita sentiasa bergerak dan aktif, pembakaran kalori pasti akan berlaku.. Mop lantai, sapu sampah, berkebun, menari dan macam-macam lagi. Jangan bataskan pergerakan.

No crash diet.. Jangan pula disebabkan nak kurus punya pasal sanggup kekang diri dari makan. Tak makan nasi, cuma ambil sayuran.. Mana nak dapat tenaga? Mana nak dapat khasiat? Makan seperti biasa, jangan skip.. Cuma hadkan kuantiti.. Jangan dera diri hanya untuk kelihatan cantik. Lepas makan tu pandai-pandai la bakar semula kalori.

Owh, ini semua nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga. Harus ubah tabiat hidup dan pemakanan.. Bukan ikut sedap tekak je nak bedal apa yang ada. Bagi umat Islam, amal kan puasa sunat. Bukan sahaja dapat turunkan berat badan, pahala juga dapat.. Puasa kan diet yang terbaik...

Selamat mencuba ye.. Good luck untuk saya jugaaa.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...