Thursday, January 13, 2011

Tengahari dah mak cik..mimpi je tu..

Good Morning readers.. Eh, Morning bendanya makcik, dah tengahari rupanya. Nie lah akibat kalau bangun tengahari. Owh, tak senonoh sungguh mak dara bangun lewat. Kepala aku nie tengah sakit, malam tadi tak berapa lena tidur. Berdenyut-denyut je kepala otak nie. Dengan jari yang sakit. Makanya, tadi lah baru dapat tidur, itupun sebab terlampau mengantuk. Anak-anak? Diorang pun tidur sama. Kalau diorang tak tidur, takde maknanya aku akan tidur. Mengantuk macamana pun harus buntangkan biji mata. Kepala nie sakit, tak lain tak bukan sebab kan resdung aku la nieh. Entah bila nak baik. Pantang pun tidak, ada hati nak baik. Mimpilah kan. hehehehe. 


Berkata pasal mimpi, tengah-tengah sakit kepala pun boleh mimpi ke? Memang gangguan syaittooooon sungguh la. Apa yang aku mimpi? tak payahla kot cerita kat sini. Sentap sungguh. Alah, semua tu mainan tidur. Buat apa nak fikir kan? Bikin hati panas jek. Eh, jangan tak tau, ada yang ambil kisah pasal mimpi nie sampai kan sanggup jumpa bomoh atau mana-mana pengamal perubatan semata-mata nak tau apakah maksud yang tersirat disebalik mimpi tu. Tapi tak mustahil juga kan, sebab aku dulu kalau mimpi sesuatu perkara, itu tandanya ada perkara yang bakal berlaku. Hmm, lantaklah. Pada aku, apa yang berlaku semuanya atas izin Allah. Bukan kita yang menentukan, dok pandai-pandai setting. Ok? Korang dah besar. Akai pun ada. Jangan terbawa-bawa sangat dongengan mimpi tu dalam diri. Susah jadinya. 






p/s : kalau mimpi exskandal husband, memang makcik sentap. 'sampai hati abg buat syg macam nie..' apa kes? hahaha... poyo jek kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...