Thursday, January 13, 2011

Tekak ngidam.. google je.. tapi

Haku nie tengah datang mood nak fikir pasal masak, makan, masak dan makan. Eh, jangan fikir bukan-bukan, aku tengah google resepi. Mujurlah zaman serba canggih. Buatnya aku kahwin, dengan takde kemudahan internet, takde handphone, takde telefon rumah macam dulu-dulu, macamana aku nak masak? Dah la aku memang 'buta' dapur. Tak tau masak okeyh!! Memang nangislah, tak boleh nak call mak tanya resepi. Jawabnya laki aku makan nasi dengan garam. Hampesssss... Kan? Syukur zaman dah moden. Tekak nie rasa nak makan sesuatu benda je, google jelah. Dah jumpa resepi, masak. Senangkan? Cuma tang rasa tu je tak jamin sedap ke tak. Asal boleh terima dek tekak, alhamdulillah. 


Saat dan ketika ini, tekak teringin sangat nak makan apam balik. Takmo lah beli, apa salahnya cuba kan? Bukan susah pun. Dah google dah pun resepinya. Tinggal nak buat je. Hah, tang buat nie memang lah leceh sikit. Tengok atas mood aku. Kalau datang rajin, penuhlah meja makan tapi kalau ketidakrajinan tu datang, masak satu dua jenis je. tak ada pencuci mulut. Lately nie memang aku sedikit malas untuk ke dapur since tangan sakit-sakit. Tunggu masa nak baik je nie. Dah baik nanti, ada lah 'eksperimen' yang bakal aku jalan kan kat 'department' aku. Ngeh3.. 




p/s : puas hati kalau dapat masak sendiri. Suami kata, masak dengan penuh kasih sayang, memang kenyang.. huhuhu.. 'sihat' suami aku. aku pongggg!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...