Friday, January 21, 2011

Tekak kita berbeza..kadang-kadang bolehla

Aku suka tengok program masakan, apa-apa kaitan dengan makan mesti aku tengok. Tak kisahlah tempatan ke luar negara. Kalau kene dengan mood aku, aku akan tengok. 706, 703 memang channel pilihan. Seronok tengok cara orang memasak, dan yang paling teruja bila orang potong sayur, potong bawang laju-laju. Memang leka lah aku tengok. Cepat giler, kalau aku nie sayur ntah kemana, bunyi je lebih. Silap-silap jari luka. Aku suka tengok Rachel Ray masak. Giada ke, siapa-siapa je lah yang masak, macam senang je. 


Orang kita masak guna minyak sawit, diorang masak guna minyak zaitun. 
Orang kita masak perasakan dengan garam kunyit, diorang guna garam dan serbuk lada hitam.
Orang kita guna daun kari, daun kesum dll, diorang guna basil, tyme, oregano dll.
Orang kita guna santan, diorang guna keju.


Kadang-kadang teringin juga nak buat masakan barat nie, chicken chop tu dah selalu sangat buat, spaghetti segala bagai tu pernah buat lah. Kadang-kadang time tekak tengah teringin. Tak de lah susah mana pada aku. Nak kene rajin je. Apa-apapun, aku tetap suka masakan melayu kita. Yang simple, itulah yang memikat hati. Yang buat aku lagi selera. Siapa kata masakan barat tak boleh di 'sumpah' ikut selera melayu kita? Aku selalu je buat spaghetti goreng, makaroni goreng, macam-macam. 


Nak masak kene kreatif, jangan skema sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...