Wednesday, January 19, 2011

Tak mampu nak buat apa-apa..Tutup sebelah mata

Macam nie lah kalau mata ketumbit dan sakit gigi. Tak boleh nak tidur lena. Mata terlelap pun sebab penat menanggung sakit. Sudahnya, pagi tadi bangun lambat, sarapan suami ntah ke mana, bekal untuk suami pun ntah ke mana. Sedar-sedar, suami dah nak pergi kerja. Marah pada diri sendiri, benda senang pun tak boleh nak buat, kesian sungguh. Mujurlah dapat suami yang memahami dan tak suka marah-marah. Syukur sangat. Sinki dah kosong, pinggan dah siap berbasuh. Biasanya aku yang buat pagi-pagi since lampu dapur aku nie ada masalah sikit. Dengan keadaan mata yang sakit sebelah nie, memanglah mengganggu penglihatan aku. Sarapan dan bekal juga dah di siapkan. Sandwich telur. Ya Allah, sejuknya hati. Malu pun ada. Kesian laki aku, terpaksa buat sendiri. Makan roti je lunch nanti. Kenyang ke? Hadoi, serba salah pula. 




p/s : sekali sekala macam nie, sejuk hati. mata makin berdenyut-denyut, sakit weh

1 comment:

LiErOSe~QiEmi said...

harap2 cepat la surut bengkak ketumbit tu, tak selesa kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...