Saturday, January 15, 2011

Simple itulah yang sedap

Happy Saturday peeps!! Hari nie aku cuma menghabiskan masa dekat rumah je. Malas nak ke mana-mana, mungkin keluar pun petang nanti, pergi rumah mertua. Dekat je diknun. Hmm, oleh sebab hari Sabtu adalah hari bersenang lenang, hari kemalasan, makanya menu hari nie pun sangat lah berunsur kemalasan. Simple je. Nasi putih, ayam goreng kunyit, bendi celur dan sambal belacan. Simple kan? Tapi kalau nak tau, lauk macam nie lah yang aku suka. Simple tapi sedap. Kalau atas meja tu ada nasi beriyani, ayam panggang ke, kambing golek, nasi putih, ulam dan sambal. Aku akan ambil ulam dan sambal with nasi putih. Pada aku, makan lauk macam nie pun dah cukup mengenyangkan.


Hah, macam tu juga kita, hidup biar sederhana, pemakaian, make up, semua nya sederhana. Baru lah sedap mata memandang. Pada aku perempuan yang make up nya tak tebal, pemakaian  yang sederhana, itulah yang cantik. Tak perlu menghias diri umpama pokok krismas. Susahkan diri je, tapi kalau korang nak silakan. Tak ada siapa menghalang. Kalau itu yang buat korang rasa berkeyakinan dan selesa. Orait?









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...