Monday, January 3, 2011

Sikap manusia kita yang takde hati perut....buat aku menggelegakkkk

Huh, lupa pulak aku nak cerita pengalaman aku naik LRT dengan adik-adik aku baru-baru nie.. Kalau di ingat memang la buat aku panas hati.. Aku naik LRT dai Sg Besi ke Pandan Indah.. Dengan adik-adik aku dan anak.. Sedia maklum, adik aku nie OKU.. Masa dari Sg Besi ke Chan Sow Lin ok lagi sebab dapat tempat duduk.. Yang aku tak puas hati, masa dari CSL ke Pandan Indah.. Dah la orang ramai, yang duduk semuanya orang muda yang comel lote, segak bergaya, masih sihat walafiat.. Yang berdiri nie, perempuan yang mengandung, OKU, warga emas.. Aku nie dengan dukung anak, dengan bawa adik-adik terpaksa berdiri.. Nak dijadikan cerita, anak aku menangis meronta-ronta.. Adik aku yang OKU nie pulak bukan boleh berdiri lama.. Orang yang duduk kat seat tu, boleh tengok je.. Bukan nak pelawa duduk ke hape.. Bodoh betul sikap manusia kita yang pentingkan diri sendiri.. Korang berjalan segala bagai, dating bagai nak rak, dengan aweks, dengan family bf boleh pulak korang nak jadi sesopan manusia, boleh pulak nak gentleman kan? Geram, memang aku geram.. Sama keadaan masa aku tengah sarat mengandung.. Naik LRT, dengan perut yang tengah sarat.. Terpaksa berdiri, berlaga dengan orang lain.. Yang mana duduk, yang mana melihat? Ke mana sikap sopan santun dan beradap orang melayu kita? Lupa asal usul kah mereka ni? Atau disebabkan kesombongan yang menebal dalam diri? 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...