Saturday, January 29, 2011

Semua itu hanya khabar angin saja...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu.
“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.


SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”- Bernama







sumber : metro




walaupun itu cuma khabar angin, tapi aku cukup terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang sanggup post statement tu. Ye lah, mana la tau kot-kot betul ke kan. Agak-agaknya ada tak yang terserempak dengan kereta tu? Siapa lah punya angkara menyebarkan sms fitnah tu ye? Mesti dia tengah gelak besar bila baca paper arinie... Budussss!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...