Thursday, January 20, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit.. apa kes gigit lidah?

Sedangkan lidah lagi tergigit, nie kan pula kita laki bini kan? Hah, masa bercinta n dah berumahtangga nie lain. Tak sama. Dah kahwin nie, kadang-kadang kita selalu bergaduh isu yang sama. 5-10 minit masam muka, lepas tu elok semula. Macam tak ada apa-apa, boleh gelak-gelak. Tak payah nak pujuk-pujuk dengan madah pujangga macam zaman bercinta dulu. Dengan bunga, kad segala bagai (haku takde terima semua tu). Macam aku pernah kata sebelum nie (pernah ke?), nak bina masjid tu bukan mudah, nak pertahankan masjid lagi bukan kerja yang mudah. Tak ada siapa nak hidup cerai berai nie, kahwin setahun dua dan bawa haluan masing-masing. Semua nak kahwin, hidup bersama sampai akhir usia. Kan?



  • Kahwin dan bernikah kerana Allah swt, terima keadaan suami/isteri kita seadanya. Percayalah, setiap manusia dah diciptakan berpasang-pasangan, apa yang Allah dah 'sedia'kan untuk kita tu adalah pelengkap hidup kita. 
  • Kalau boleh, sebelum kahwin tu, jika ada perkara yang kita rahsiakan dari pasangan kita tu, seeloknya bagitau. Risau pula kan, sampai satu tahap bila dah berumahtangga, tuptup ada pula yang jenis mulut longkang, bercerita pasal kita/pasangan, bila sampai kat telinga tak ke panas? Boleh jadi gaduh wehh.. Tepuk tangan lah si mulut longkang tu. Melainkan kalau kita dah tau, at least bila ada gossip panas sampai, kita mampu tersenyum. kan?
  • Kepercayaan. Jangan sesekali rosakkan kepercayaan pasangan kita esp perempuan. Percayalah, perempuan nie, sekali kepercayaan dia dikhianati, jangan harap dah dia akan percaya pada pasangan dia tak kisahlah sayang macamana pun. Hati-hati ye, jangan berani buat hal.
  • Tolak ansur dalam rumahtangga. Tak salah kalau bergaduh tapi kalau selalu juga tak best lah kan. Kadang-kadang pergaduhan nie peluang kita untuk mengenali pasangan kita dengan lebih dalam. Kalau tak gaduh, kita takkan tau apa yang terbuku di hati dia. Salah seorang mesti mengalah, sejukkan keadaan kalau bergaduh. Dalam rumahtangga, tak boleh ego. Ingat, mengalah tak beerti kalah. Cuma ingin menjernihkan keadaan.
  • Kerjasama antara satu sama lain. Sikap tolong menolong, ringan tulang penting dalam hidup berumahtangga. Lelaki tak semestinya tak boleh buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Tak salah bantu isteri, ringankan beban isteri yang sama penat menguruskan rumahtangga. Nabi Muhammad saw pun tolong isteri tau.
  • Jangan ego untuk meminta maaf, tak semestinya jika kita buat salah semata. Tak kisahlah bila-bila pun, ringankan mulut minta maaf pada pasangan. InsyaAllah hubungan akan baik.
  • Jalankan aktiviti bersama pasangan, solat berjemaah, makan malam bersama, amalkan makan bersama tak kisah la sama ada pagi, tengahari atau malam.  Semua itu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hah, best tak? Dalam mamai-mamai pun main belasah je taip apa yang terlintas kat kepala otak nie. Aku dah tak boleh nak celik mata sangat nie. Mengantuk giler, penat mengemas tadi pun tak hilang lagi. Hidup suami isteri tak sah kalau tak gaduh, jika gaduh pun jangan gaduh lama-lama, berdosa, rugi kita nanti. Betul tak?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...