Saturday, January 15, 2011

Rempah ratus..jom kenal

Rempah ratus nie boleh dikatakan penting jugalah dalam masakan orang melayu nie. Boleh dikatakan setiap masakan yang sedikit 'complicated' tu mesti nak letak juga rempah ratus nie. Hmm, mungkin ada yang di antara kita yang masih belum mengenali rempah ratus yang biasa kita guna dalam dunia masakan. 


kulit kayu manis
benda nie wajib ada kat rumah
senang kalau nak masak, campak je.
nak tumis nasi ke, masak kari, sup, apa-apa jelah mesti nak letak
ada juga yang letak serbuk kulit kayu manis sedikit dalam roti
sedap katanya.
lagi satu, petua nak hilangkan parut jerawat, 
sapu je serbuk kulit kayu manis kat muka, lama-lama hilanglah
ada juga trend sekarang orang buat gift untuk kahwin


bunga lawang.
yang nie boleh dikatakan kembar la dengan kulit kayu manis'
seiring sejalan, kalau masak nak juga letak nie
cantik kan?

bunga cengkih
yang nie kalau aku tergigit masa makan mesti cepat-cepat keluarkan
aku tak suka sangat rasa bunga cengkih nie
ntah kenapa
yang nie pun orang selalu letak dalam tumisan

buah pelaga
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga nie
orang panggil 4 sekawan
kenapa 4 sekawan? hmm, sebabnya keempat-empat rempah ratus nie
harus ada masa menumis untuk menaikkan lagi aroma masakan tu

buah keras
hah, yang nie takde kat rumah aku
kenapa? sebab aku jarang guna kot
kalau nak buat perencah untuk ikan bakar, best letak nie
baru lah kick

ketumbar
biasanya orang buat menumis dan tak kurang juga sebagai bahan perap

jintan manis

jintan putih
ha, jintan manis, jintan putih dan ketumbar biasanya orang guna untuk peperapan
perap ayam ke, ikan, daging.. nak dapat satay yang best, nie lah rahsianya
selain tambah dengan lengkuas sedikit dan juga serai
kasi wangiiii dan manis

lada hitam
orang kata untuk buang angin
biasanya kalau dalam pantang
orang makan dengan nasi panas-panas, makan dengan ikan bakar
lada hitam nie di tumbuk pastu gaul dengan nasi
ada masa sedap juga makan benda nie
tapi aku dalam pantang takde pun makan
ngeh3..

halba
yang nie femes dalam nasi dagang
mesti orang letak kalau masak nasi dagang, bagi naik aroma
ada juga yang letak dalam nasi lemak tau
baru lah sedap
kan?

yang nie jelah yang boleh aku share.. aku rasa banyak lagi kot tapi jenis manusia yang jarang duduk dapur satu masa dulu, makanya kurang lah mesra alam sikit dengan rempah ratus herba segala bagai nie.. hehehehe..nanti kalau ada, aku share-share dengan korang yek.





1 comment:

Zulaikha ♥ said...

thanks for the information .. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...