Friday, January 28, 2011

Rasa macam nak melompat.. gumbira!

Muka dah moyok, CNY nanti tak ke mana-mana, tak balik Kuantan. Budget sudah lari. Semuanya angkara mereka-mereka itu. Kesian kami, jadi mangsa keadaan. Hati sudah merajuk. Hmm, pendam je dalam hati. Tak boleh luah sesuka hati. Tiba-tiba hari nie, dapat perkhabaran gembira, my mom nak datang sini dengan adik-adik masa CNY nanti. Mahu tak aku melonjak-lonjak gembira. Ini lah kali pertama mama akan menjejakkan kaki ke rumah aku. My husband pun happy bukan main bila mak mertua cakap nak datang. Terubat lah rindu mama kat cucu dia sorang nie. Cucu dah boleh jalan, dah banyak bunyi, dah boleh toncet rambut. Memang lah tak sabar nenek nak jumpa cucu. Owh, hati ini sungguh tidak sabar. 






p/s : mengatur tempat nak bawa mama jalan-jalan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...