Tuesday, January 18, 2011

Pergh, memang terangkat... tak pandang yang lain

Siang tadi masak kerang goreng kari. Actually resepi nie lagi sedap kalau masak dengan lala tapi memandangkan lala tak ada, yang ada cuma kerang, makanya jadilah kerang goreng kari. Lama dah teringin nak makan tapi tak pernah berkesempatan. 1st time jamu suami dengan lauk  nie, memang dapat reaksi yang sangat best.. hehe.. Suami i suka. Makan tak toleh, cuma leceh la kan nak kopek kulit kerang tu. Kalau lala senang sikit nak makan. Tengok dia makan tadi, tekun, makan dengan penuh selera. Nasi bertambah-tambah. See, macamana tak 'sihat'? Aku juga yang salah kan? Hmm, aku share dengan korang resepi nie, korang cuba la yek. Simple sangat dan sedap...




Kerang goreng kari

1 kg kerang/lala - cuci bersih-bersih ok 
5 batang cili kering - di kisar 
4 sudu serbuk kari - aku pakai sepeket
3 ulas bawang merah - di mayang
3 cm halia - di mayang
1 batang serai - di katuk
garam dan gula secukup rasa

****
tumis cili kering+serbuk kari, bawang, halia
letak sedikit air
perasakan dengan garam dan gula
letak serai
masukkan kerang, gaul sebati
biarkan hingga masak
tutup api dan hidang

SIAP

Hah, senang kan? Tutup mata pun boleh masak. Itu aku tipu lah kan. Jangan pula korang masak sambil tutup mata. Hmm, aku tak ambil gambar pun, tak jumpa cari kamera. hehehe.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...