Monday, January 10, 2011

Penangan mamat 'metalic' terhadap anak aku...

Uhuk,uhuk. Batuk pula aku dua tiga hari nie, badan pun dah panas sejuk, panas sejuk. Tekak memang sedia ada perit. Cakap pun dah sengau. Kalau makan ubat nie, harus lah tidur tak sedar diri. Kesian pula kat Amal Khalisah tak ada teman nak bermain. Dok tengah relaks-relaks rehatkan badan, dengar pula bunyi alarm kereta. Nie lah satu kelemahan kalau duduk kat apartment, alarm kereta berbunyi pun tak dapat nak detect kereta siapa. Mula-mula nak biarkan jelah, kot-kot berhenti sendiri tapi haramm tak berhenti juga. Oleh kerana risau bateri kereta kong, aku gagahkan juga la capai tudung, turun ke bawah. Dah sampai bawah, lupa pula bawa turun access kad, terpaksalah naik semula. Dalam lif masa nak turun tu, aku nie dok la mengajar anak aku, nie no 2, yang nie no 3. Sampai kat tingkat 6, lif terbuka dan bermulalah kisah tragis nie.


Ada la sorang mamat negro masuk dalam lif, aku terkejut dan anak aku pun terkejut juga. Sedia maklum kat kawasan rumah nie memang ramai warga asing. Pak Arab dan juga si 'Awang Hitam'. Anak aku yang terkejut nie, dah start melalak. Aku pujuk la juga suruh diam tapi lagi kuat dia menangis. Mana tak nya, si mamat tu, usik-usiknya anak aku kononnya pujuk lah kan. Budak nie dah sedia takut, lagi lah menjadi-jadi tangisan dia. Keluar je lif, anak aku diam. Dengan tersedu-sedu, peluk aku dengan kuat. Kesian pula. Padahnya, masa nak naik semula ke rumah, anak aku dah geleng-geleng kepala tak nak naik lif. Aku yang dukung dia nie, penat la juga.


Sabar je la anak aku nie. Tapi tak boleh salahkan budak. diorang tak pernah tengok. Dah la tinggi, metalic pula tu. Mana la budak nie tak terkejut. Pada mamat tu, maafkanlah anak saya ye. peace!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...