Wednesday, January 19, 2011

Orang kita memang mata duitan.. tiada belas ehsan

Awal pagi buka metro online, dah terbaca kisah orang kita yang berpesta duit syiling. Kutip duit yang bukan hak kita, lagi sedih apabila duit tu milik orang yang kemalangan jalanraya. Kalau tolong kutip dan bagi balik pada tuan empunya tak apa juga, nie siap bawa beg plastik, simpan dalam helmet, untuk diri sendiri pula tu. Dah tentu tu duit haram yang korang bawa balik. Benda yang bukan hak kita, jangan di ambil. Jadi darah daging nanti, bagi anak bini makan, tak elok tu bagi benda haram. Nie bukan rezeki Allah bagi dari langit untuk korang. Ntahlah, aku tak nak comment lebih-lebih, nanti ada pula yang sentap dan terasa hati. Korang baca lah sendiri..





Orang dalam kesusahan kita kene tolong, bukan tolong susahkan lagi.

2 comments:

DeCrewz said...

Betul tu.. Jai sokong sangat2 sebab kes ni semalam Jai handle.. Mmg cukup sakit bila PLUSRonda maklumkan kepada saya ramai pengguna jalanraya berhenti untuk mengutip duit syiling dan menyebabkan kesesakan yang teruk. Lebih teruk lagi, apabila kemalangan sudah clear, masih ada lagi segelintir yang berhenti di tepi jalan untuk mengutip duit syiling yang masih tertinggal didalam semak dan tepi jalan..

Wanita Bertudung Hijau said...

itulah, benda itu kalau jd darah daging payahlah, 40 thn ibadah kita Allah x kan terima :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...