Friday, January 14, 2011

Nie lah padahnya.. siapa nak jawab?

Aku nie kan kategori isteri solehah la sangatttt haha. Bila suami nak minum, haruslah ke dapur.  Tadi suami aku request nak air nescafe, mata dah ngantuk katanya tapi masih nak layan CSI. dan aku haruslah ke dapur dan bancuh air as per requested. Ngeh3. NESLO sattttuuuuu siapppppp!!!! Gelas besarrrr punye.. Sampai masa, suami aku tak habis minum dan dia letak la air tu atas meja, servis bertukar tangan. Aku habiskan air tu. Padahnya, sampai sekarang aku tak boleh tidur. Walhal tadi bukan main mengantuk. Apa kes? Silap diri sendiri lah kan. dah tau diri tu tak minum nescafe tapi gatai juga nak merasa. Maka dengan itu, jadilah burung hantu malam nie. Hukhukhuk.. Suami aku? Huh, boleh je dia tidur macam biasa. Adakah nescafe tu tak membawa kesan pada dia? Kenapa aku je macam nie? Tak adil sungguh.


Tetiba teringat masa belajar dulu, punyalah niat nak berjaga malam, nak study lah kononnya. Minta tolong roomate merangkap coursemate buatkan air nescafe untuk kami bertiga. Satu jug okeyh!! 3 HARI AKU TAK TIDUR!! bila aku tanya berapa banyak dia letak nescafe, setengah botol kecik, bila pahit dia tambah gula, bila manis dia tambah nescafe. Aduhh, 3 hari tak tido, 3 hari kepala aku sakit dan 3 hari juga aku macam tengkorak hidup. cengkung beb!!


Sekarang nie aku dah pening, macamana nak buat? huhuhuhu.. Aku nak tidur!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...