Saturday, January 8, 2011

Nasib ibu yang BF anak...

Inilah nasib kalau BF anak 
Bila malam anak nangis, tak de maknanya boleh kejut suami bagi susu
Daddy takde apa yang mommy ada
Maka si daddy boleh tidur dengan lenanya..
Tapi ada masa mommy dengki
Kejutkan juga daddy.. Saje suka-suka
Kalau anak nak tidur, mommy juga kene masuk tidur sama
Mana boleh asing-asing..Nanti budak nie nangis... 
Daddy yang cuba nak tidurkan, lagi kuat 'dodoi'an
Bagi hint pada mommy, anak nak nenen nie, masuk-masuk la tidur..
Hah, bila anak rapat dengan mommy, sila jangan kecil hati
Saya ada apa yang dia nak.. hehehehe... Hebat kan?
Ini bukan kelemahan, tapi ini satu kebesaran Allah
Untung dapat BF anak, rezeki Allah bagi buat apa nak sia-siakan?
Tak payah fikir nak bancuh susu, tak payah fikir nak keluar duit nak beli susu
Tak payah fikir susu apa nak beli dan sesuai untuknya
Tak perlu risaukan stok susu yang hampir habis dan duit yang tinggal tak seberapa
Kini, hampir setahun Allah limpahkan susu yang cukup untuk anak 
Aku berdoa agar susu ini makin melimpah ruah sehingga dia berusia 2 tahun
Aku gembira dapat BF anak sendiri..
Bangga dengan diri sendiri..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...