Tuesday, January 25, 2011

Nak tukar hp baru? ada tawaran murah sekarang

Anak dara aku nie pantang tengok hp, memang dia suka main. HP aku lah selalu jadi mangsa. HP daddy dia jangan harap dapat main. Masuk kali nie dah 2 hp aku tukar. Bukan tukar baru, yang lama jugak. Turun temurun. Selalulah aku kene keringkan air liur dia dalam hp nie. Kalau bagi hp rosak, tau pulak dia tak nak main. Hah, terbaru dia campaknye hp aku, siap boleh main jigsaw puzzle ok. Jenuh nak ngutip dan pasang balik. Saki baki serpihan ntah tercampak kat mana. 

Saje menggoogle model-model hp baru. Sekarang nie tengah ada promo hp canggih manggih nie. Kalau ada sesiapa yang berminat dan berkenan boleh la beli. Nak cuci mata pun boleh gak. Mana tau simpan angan-angan, kumpul duit nak beli hp ke kan. Aku dok mencari model yang aku berkenan tapi dah takde dah. 3310. Senang, tahan lasak. Tak payah risau virus. Tak payah risau mms ke 3G segala bagai. Ada anak kecik nie jangan pakai hp canggih-canggih. Susah nak jaga. Rosak kang, korang jugak yang nangis. ngeh3..

Berkenan nak cuci mata tengok hp lawa-lawa? Meh jenguk sini. wahhh, cantik dan murahnya HP itu & HP gojessss, nak satu boleh?


p/s : abg, anak buat rosak casing hp, habis pecah (dalam hati mesti dapat hp baru nie). sekali dia jawab 'ye, esok kita tukar CASING baru '. Owh, hampa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...