Friday, January 21, 2011

Misi selesai...tapi tak sepenuhnya

Akhirnya misi melipat kain baju selesai juga. Dua bakul beb, dua bakul. Kematu montot nie duduk mengadap timbunan kain baju. Kalau la anak dara aku tertidur dalam timbunan tu pun aku tak tau. huhuhu. Pemalas kah aku? Ish, bukan malas. Cuma ada je gangguan dari anak dara nie. Aku lipat, dia lembang semula. Aku dah masukkan dalam bakul, dia selerakkan balik. Bila aku bawa keluar baju dari bakul, dia kutip masukkan semula. Sampai sudahlah tak siap, maka aku tekad, malas nak lipat kalau dia tengah ligat nak main. Semalam suami aku ada, jadi senang sikitlah nak buat kerja rumah. Sempat mengemas, alih perabot mana yang patut (macam banyak sangat perabotnya). Si kenit tu? Sama naik tolong. Suka sangat dia. Hah, kisah melipat baju tak habis lagi. Yang mana siap lipat tu, aku letak tepi, biasanya kalau dah siap semua aku akan masukkan balik dalam bakul then angkut bawa masuk bilik. Si anak dara aku nie pula, dah selalu nampak mak dia buat macam tu, asal aku siap lipat, dia dok angkut susun dalam bakul, Habis tunggang langgang. Bukan baju je, dengan toys dia pun sama bawa masuk. Last-last, aku umpan dia dengan biskut terus duduk diam. Selamat kerja aku. Kalau tak jenuh nak melipat semula. 




Masa mengandung selalu pesan, bila dah besar tolong mommy ye. Jadi anak yang rajin. Solehah. Oleh sebab semalam dia dah 1 tahun, besar la tu, makanya dia rajin nak menolong. Seronok memang seronok tapi ada masa geram jugak. Wan Amal Khalisah oh Wan Amal Khalisah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...