Sunday, January 9, 2011

Mengidam mee tomato..simple

Tekak nie dah lama sebenarnya nak makan mee tomato.. Hari nie barulah berpeluang nak masak mee tomato nie.. 1st time makan masa kat rumah mak cik my husband, then my mom in law ada juga buat.. So, since i dah pernah rasa, nak la mencuba masak sendiri.. Alhamdulillah menjadi.. Sangat simple.. Kalau yang tak tau masak pun memang menjadi lah kalau masak mee tomato nie.. Mee tomato nie macam mee rebus, mee berkuah tau.. Aku tak sempat nak ambil gambar, campur lagi dengan mood sedikit kemalasan nak cari kamera.. Perut pun dah lapar, dari pagi tak berisi.. Jom layan resepi...




Mee Tomato Simple
bahan-bahan :
Mee kuning
1 tin kecil tomato puri
Bawang merah - di tumbuk atau cincang
Fish ball, fish cake, tauhu - potong dadu
Kentang - potong dadu
ayam atau daging - potong kecil
garam dan gula
tepung jagung

hiasan
lada hijau - di hiris
telur rebus
taugeh
sawi - di celur

tumis bawang hingga naik bau
masukkan tomato puri, tumis seketika
masukkan air, fish ball, ayam, kentang & fish cake
masak sehingga mendidih
masukkan garam dan gula
sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
(kalau tak nak guna tepung jagung, boleh juga guna kentang yang direbus dan di lenyek)

letak mee yang dah di celur dalam mangkuk, tuang kuah, letak la sawi, taugeh, telur dan lada DAN...MAKANNNN.... ngeh3..

Senang kan? Selamat Mencuba...!!


perut dah kenyang nie, mata berat sikit nak buka. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...