Tuesday, January 11, 2011

Masih berjaga... tak tertanggung sakitnya.

Mata memang tak boleh nak pejam. Tangan denyut-denyut sakit. Dah beberapa hari jari manis nie tak mampu nak menanggung kesakitan. Padahnya keadaan jadi semakin teruk di tambah pula tangan ini harus melakukan segala kerja rumah. Mana boleh tangan ini rehat, aku bukan mak datin yang hanya perlu mengarah bibik kat rumah. No,no, no. Mujur ada suami yang dapat meringankan sikit beban, tolong cuci pinggan. Luka yang semakin parah di jari manis dan sedikit di jari kelingking, habis satu tangan kanan bisa. Nak angkat pun susah. Tapi blog boleh pula update kan? Hello, makcik ada 10 jari ok. Masih boleh di gunakan dengan sempurna. Aku demam. Demam menanggung sakit. Hanya Allah je yang tau apa yang aku rasa. Sesungguhnya ini semua dugaan. Mungkin banyak sangat maksiat yang tangan ini lakukan. Sakit itu penghapus dosa. Bersabarlah.




p/s : mujur dah kawin, kalau tidak, tak boleh la sarung cincin. uhuk2..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...