Wednesday, January 26, 2011

The Marriage Ref..adatlah tu

Korang tau tak, kadang-kadang orang yang dah kahwin nie selalu bertekak benda-benda bodoh? Tak kisahla berapa lama pun korang kahwin, gaduh-gaduh nie tetap ada. Benda kecik diperbesar-besarkan. Kadang-kadang bila fikir balik apa sebab gaduh, macam tak masuk akal. Gaduh-gaduh juga tapi lepas tu baik balik. Itulah hakikat sebenar. Cara susun baju pun boleh jadi isu gaduh tau! Lipat baju, kemas rumah dan banyak lagi lah. Aku nie pun tak terlepas dari semua tu. Gaduh, gaduh juga tapi lepas tu baik semula. Saje buat panas hati. 


Cerita pasal laki bini gaduh-gaduh nie, aku sekarang suka tengok rancangan The Marriage Ref kat channel 720 axn beyond, astro ler. Cerita nie macam 'mahkamah rumahtangga'. Ada 3 panel yang akan bincangkan siapa benar siapa salah dalam masalah tu, then ada sorang hakim yang bakal buat keputusan. Ye, rancangan nie memang lawak giler. Kelakar ok. Dok bincang masalah rumahtangga orang. Macam-macam isu lah. Pasangan yang dah lama kahwin, si suami nak isteri macam nie, si isteri tak nak ikut cakap suami, macam-macam kes lah.




Macam nie lah aku nanti bila dah tua, dok bergaduh dengan laki je lah.. bertekak benda-benda remeh. Tak ada kerja.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.....



1 comment:

TuYa said...

salam
kalau x berselisih pendapat tu,x cukup rasanya rempah ratus berumahtangga..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...