Thursday, January 20, 2011

Macam raya pulak.. eh, tak sambut.

Orang sambut thaipusam, aku beria kemas rumah. Alih perabot, tukar langsir segala bagai. Rajin benor la aku hari nie kan. Hehehe.. Eh, sekali sekala perlukan perubahan. Suami ada kat rumah nie, boleh la tolong tengok-tengokkan anak. Tidaklah dia mengganggu. Cuma masa daddy sibuk tolong pasangkan langsir ( mommy kan ketot ), dia sama naik nak tolong, pegangkan langsir. Yelah, orang dah besar. Aku nie kalau terlebih rajin pun tak boleh, esp bab main habuk nie. Mulalah hidung bersin, gatal-gatal badan, rasa semput. Macam-macam penyakit. Lepas satu bab kemas mengemas, lipat melipat pula. Bertimbun baju tak berlipat lagi. Jangan anak dara nie kacau dah lah...






p/s : buat kerja rumah pun bakar kalori jugak kan? senaman lah nie.. ngeh3..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...