Friday, January 21, 2011

Limau oh limau..

Eh, tak lama lagi nak CNY kan? Tak perasan pula. Ye lah, kalau time kerja dulu, dah berkotak-kotak limau aku dapat. Tak termakan. Workshop tu hantar, dealer nie bagi. Memang makan sampai muntahlah. Sekarang, dah tak kerja, duduk rumah, siapa nak bagi? Limau kasturi ada lah. Buat air. Orang kata kalau makan limau sunkist baik untuk perempuan yang baru lepas bersalin. Cepat sembuh luka, tak payah nak telan pati haruan. Kaya vitamin pula tu. Tapi, makan limau yang CNY nie, yang menggerutu je kulitnya nie, memang cari penyakit lah kan. Makan banyak-banyak, lepas tu batuk, demam, sakit tekak sampai tak ada suara. Katanya limau nie di import dan ada disuntik sejenis ubat untuk tak bagi busuk. Datang dari jauh nie, bukan Malaysia mari. China sana nu. Dari sana, nak sampai Malaysia berapa lama? Banyak proses. Makanya nak bagi tahan lama, kene lah suntik botox ubat. Sebab tu lah, tak elok makan banyak  sangat, tak baik untuk kesihatan. 




Bukan aku kata lah, doktor yang kata. Dulu kuat melantak limau nie sampai demam ke diri. Pergi klinik, kene bebel dengan doktor. ngeh3...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...