Sunday, January 16, 2011

Lepas nie kompem kurus..ye

Lenguh giler kaki aku nie ha.. Adehh.. Memang malam nie kompem minta tolong suami urutkan kaki. Nie lah akibatnya kalau jarang bersenam, mula lah sakit sana, sakit sini. Sekali beriadah, habis terbongkar urat saraf aku nieh. Hari nie tak ke taman pun, cukup jalan-jalan kat Stadium Kajang. Jalan jogging, jalan jogging. Ye ke? Pedo'oh (read: tipu) je aku nie. Tangan tolak stroller anak macamana nak jogging lebih-lebih? Lagipun aku tak nak lah 'terkejutkan' badan sendiri. Pengsan kat situ siapa nak jawab? Badan dah gedemm macam nie lah. Memang la ramai orang kat situ, ada yang bawa anak-anak main kereta mainan yang bayar RM5 hengget tu. Main basikal la. Kat situ ada taman permainan, makanya meriah la sikit suasana. Memandangkan Satay Kajang Hj Samuri hanya bersebelahan je Stadium Kajang, dugaan dan godaan tu ada lah kan. Bau satay harum semerbak. Ops, aku tak terliur, kat situ dah tak best pada aku. Ada tempat lain yang satay nya lagi power. Sedapp.. Comfirm tak cari lain. 






p/s : Stadium Kajang tu buka sampai 10malam, bolehla jogging hari-hari kat situ lepas suami balik kerja. Kata nak kurus kan. Umur dah nak meningkat nie kenelah beringat.  Nak tambah anak, badan tak boleh gemuk-gemuk. 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...