Thursday, January 6, 2011

Lepas anak, mak pula yang kene

Mata sedikit lebam hari nie.. Malam tadi si anak dara merengek je.. Menangis.. Ada yang tak kene la tu.. Aku puas pujuk tapi biasalah, dia tengah merajuk hati dengan mommy.. Buka mata, mommy tak ada kat sebelah.. Nangis la kan? Dalam pukul 3 lebih barulah dapat tidur dengan lenanya.. Hari nie awal-awal lagi dah kene bangun nak siapkan bekalan untuk suami.. Bihun goreng je.. Simple.. Semenjak dua nie selera makan aku sedikit menurun.. Tak tau kenapa.. Anak aku pula tak berapa sihat sepenuhnya lagi.. Masih lagi batuk dan kalau menangis lebih, kahak pun banyak la semula.. Semalam dia demam tapi hari nie dah ok.. Kebah sikit.. Risau juga aku.. Kesian tengok anak tak sihat.. Nie dapatlah aku bersenang lenang sikit, sebab dia dah tidur.. Tak tau lah bangun pukul berapa.. Mungkin letih sebab tak cukup tidur malam tadi.. Mommy malas nak join, nanti satu kerja tak siap.. Baju banyak lagi tak berlipat, sejak anak tak sihat nie, banyak kerja tergendala.. Tumpuan lebih untuk anak...


Kesihatan aku nie pun sedikit terganggu.. Tekak dah terasa perit.. Bersin banyak kali pagi nie.. Kepala pun berat je.. Badan dah sengal-sengal.. Seperti biasa, aku malas nak makan ubat, nanti susah. Jadi mak nie, kene kuat semangat, kuat serba serbi.. Banyak orang nak kene jaga.....






p/s : adakah aku demam nak beralih tahun? mungkin kah? kehkehkeh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...