Friday, January 21, 2011

Khamis malam jumaat.. nak tu..nak juga...

Ish, malam-malam buta kepala otak dok fikir nak tu je. Lama sungguh mengidam. Nak macam-macam. Tekak nie dah lama nak rasa tapi tak berpeluang. Hmm, belum ada rezeki lagi. Berapa kali dah ajak suami, dia kata sabar, tunggu. Orang sabar tak rugi. kan? Peliknya, siang takde pulak fikir nak tu, nak nie. Kepala otak nie, bila malam je nafsu tu membuak-buak. Apa kes? Membuncitkan diri lagi lah jawabnya. Sungguh, nie semua gara-gara pengaruh tv. Tengok lagi channel bukan-bukan. Pastu mulalah meroyan nak jugak. Ish, dah tekak nie ngidam nak buat macamana kan? huhuhu.. Nak tak nak kenelah pujuk suami juga sampai berjaya. Sambil-sambil tu survey tempat yang best. Membuak-buak selera aku nanti. Suami aku? Senyum je lah, tengok perangai bini buruk lantak. ngeh3. Setiap suap makanan yang masuk ke dalam mulut isteri tu, suami dapat pahala sedekah ok. 




p/s : nak makan steak, cake, steamboat, ikan bakar, macam-macam nak makan nie. huhuhuhu. help, help, help.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...